Thursday 28 February 2013

start n end



happened without a kickstart
go through all the ways without signage
and now the end is unseen

prediction by predictions
trial by trials
get along blankly
hope for something which could not be foreseen

hope is hope
and reality is conformity

lets confess and end this

hurt will take part
sadness will fill in
it may worth if this is the fate

future is future
and it must be great
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Sunday 24 February 2013

AWESOME DINNER OF FOUNDATION IN LAW :)


hye,assalamualaikum..
saje je hari ni,saya nak cerita pasal dinner yg baru je berlangsung semalam.
best or tak ?
hmm, bagi saya, best lah jugak. performances, dresses and yg paling penting adalah makanan!
even makanan tak la grand sangat, tapi best sebab dapat tambah sampai 2 kali..hehee
kenyang perut saya :)

so, kita tengok gambar je lah ye

yg berbaju purple tu izmira and yg hijau tu, nas :) i am in the middle of them

now, introduced to u, my next bestfriend, bella :)

nissa, ain n again, cik izmira :) tiga dara pinggitan^^

my precious moment, a nice memory to remember :) thanks to those who support me through all the ways ^^

tema on that dinner was actually duke and duchess, but then saya ni tak de lah fashionista sgt..so,just pakai jubah yang ala2 dress tu..
actually, colour orange tu dah buat saya cuak untuk pergi dinner malam tu.. naseb baik ada roomate yg sangat berbakat untuk jadi fashion advisor, tolong belikan tudung kelabu untuk soften kan sikit that orange dress :) tq ereen^^

alhamdulillah, everything went well..terhutang budi kepada madam ilyana and the involved committees for organizing such a perfect event.

hope this upcoming final exam will be okay and do pray for my success..







thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Wednesday 20 February 2013

MENABUNG??? ehhh =='


hye,assalamualaikum :)

menabung, tabung, menabung..erk... apakah = ='

mungkin, dalam dunia yang konon lah serba moden sekarang ni, manusia2 yang menghuni muka bumi ni dah makin lupa apakah menabung itu..
kalau tanya adik2 yang kecik tu, boleh kira ramai yang tak pernah langsung didedahkan dengan amalan yang serba manual dan tradisional ini..
al maklumlah, sekarang ni dah banyak sangat bank2 ternama yang wujud..daripada sibuk2 cari bekas nak buat tabung,baik masuk je duit tu semua dalam bank. tak pun,simpan semuanya dalam purse tu sampai kembung :)


selalunya, orang menabungkan syiling je..jarang la orang yang nak tabungkan duit kertas kecuali tabung masjid.haa,yang tu memang penuh dengan notes biru,hijau dan yang seangkatan dengannya :)
*moga dikurniakan pahala berlipat ganda untuk orang yang memenuhkan tabung masjid^^insyaAllah..

saya pun sebenarnya,malas betul nak menabung ni..selalunya take part kira syiling mak dengan abah je..lepas tu,kalau ada balance beberapa sen daripada nilai genap, semua jadi hak saya :)
tapi,sejak duduk asrama dan sekarang dah pun dekat u, nampaknya amalan ni famous betul..
saya nampak roomate saya pun ada uncang duit syiling..heheee
nak tau sebab apa?


haaa, ni lah sebabnya..kami malas nak basuh baju guna tangan sebenarnya :)
sekali basuh, RM 2. so,kena rajin lah simpan duit..tak boleh la dah habiskan balance duit untuk beli gula2..



korang kenal tak ni apa? ha,ni lagi satu alasan konkrit kenapa tetiba je student2 ni nak menabung..aim utama kami adalah untuk mengelakkan daripada kena makan maggi setiap kali hujung bulan. tak pun, lebih sadisnya, supaya dapat beli 2 3 bungkus maggi supaya tak makan angin je untuk seminggu^^


so,selamat menabung ye semua :)


thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Tuesday 19 February 2013

JeNgUk JeNguK KELANTAN :)

Hye,assalamualaikum :)

Sempena cuti terlebih panjang yang diANUGERAHkan uitm kepada student2 nya yang bertuah ni last week, sempat jugak la saya manfaatkan dengan pergi menjenguk dan meninjau lagi satu negeri dekat Malaysia ni. almaklumlah, nak menjenguk negara 4 musim tu, pitisnya tak cukup lagi :)



dari kl, langkah ke terengganu ikut highway baru, akhirnya sampai lah ke kelantan, negeri cik siti wan kembang ni selepas lebih dari 10 jam..*saya tidur keseluruhan sepuluh jam ni.. konon2 letih :)
yeay, inilah PCB Resort..duduknya betul2 atas pasir kat tepi pantai cahaya bulan tu haaa.. dapat lak bilik pertama yang betul2 menghadap pantai..memang nikmat yang tidak terhingga ^^


ni lah Istana Jahar yang sangat cantik, sangat unik dan sangat menarik hati..curi2 tangkap dari luar je ni, malas nak membeli tiket :)


ni lah gasing yang tersesat, terpacak kat Pasar Siti Khadijah :) abaikan yang dua orang tu ^^ tu lah muka2 orang bahagia dapat shopping baju tidur and keychains..


pantai yang menenagkan. tapi yang peliknya, mula2 datang, airnya memang nampak biru. tapi, pagi esoknya dah jadi macam air lumpur. aish, ada subjek yang perlu dikhatamkan ni untuk fahamkan perubahan2 air laut :)


bank pitis? mungkin sama macam rhb bank ataupun cimb bank kot. cuma masa je bezanya :)


agak2 nya, ni memang kebiasaan penduduk kat situ kot. celik2 je mata petang tu, tengok kawasan tepi pantai semua dah penuh dengan orang ramai. memang meriah!berapa lah ye pendapatan pakcik yang jual layang2 dan wau tu ye :) ramai pulak tu customer

so,finally, after 3 hari 2 malam stay kat kelantan, menjelajah dan menjengah segala tempat shopping yang ada, kami teruskan lah misi lain pulak. yeayy,menjengah kampung kat kulim ,jumpa atok, jumpa segala isi kampung terchenta tu^^ 



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Thursday 7 February 2013

serabut serabai =='

hye,assalamualaikum


kawan,sahabat dan teman..
tak kira lah apa term sekalipun
tak kira lah macam mana rupa bentuk nya
dan tak kira lah apa latar belakang yang ada
tetaplah insan2 ni yang membentuk zarah2 halus dalam diri setiap insan yang bergelar manusia..

kadang2,puas kita mencari zarah2 ini
sana sini kita melihat pada kesesuaian
dan seringkali mengubah ketidaksuaian kepada padanan yang hebat
lihat,manusia tak mampu hidup tanpa kawan!
meskipun ada,pasti di hati akan ada sedikit kekosongan


ya,benar ketidaksamaan itulah yang mewujudkan satu kebahagiaan
tapi perlu sedar,dalam ketidaksamaan,perlu ada keserasian!
jangan menjadi seperti lembu dicucuk hidung,mengikut tanpa bantahan!
dan jangan menjadi seperti enau dalam belukar,yang hanya tau fikirkan diri sendiri tanpa peduli tentang orang lain.ketidaksamaan itu boleh diterima,tapi harus ingat pada tahap manakah kepelikan anda itu yang mampu diterima logik akal!



bila anda menjadi kawan
jadilah kawan yang bernama KAWAN
bukan kawanan lembu mahupun kawanan gajah
tapi mereka yang mampu merealisasikan apa itu definisi kawan

manusia tidak sempurna
dan tak akan sempurna sampai bila2
kita bukan maksum apatah lagi berperilaku bagai malaikat
kadang2,ingin kita jaga segala galanya
tapi bila sesuatu hal sudah melangkaui tahap yang digariskan
kesabaran dan garis rasional terbang entah ke mana

hargailah
hargailah mereka yang berusaha melindungi dirimu
hargailah mereka yang mungkin kamu istilahkan sebagai fake friends hanya kerana mereka menjaga sekeping hati milik kamu
hargailah segala galanya

tak mungkin persahabatan itu hilang jika tiada yang melanggar batas
tak mungkin persahabatan itu lenyap jika tiada yang memulakan kehancurannya!



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^