Thursday 15 May 2014

DAD

" jom keluar naik motor. kita jalan jalan "
" jom abah teman main jutaria. "
" adik nak maggi? "
" jom kita tengok siapa menang dam haji kali ni "

ayat demi ayat.
hari bertambah hari. tahun bertambah tahun. umur bertambah angka. dan aku meningkat dewasa. dan yang penting bertambah jarak antara aku dan dia. kalau dulu pahang- kl, sekarang dah johor- kl.
dan yang menyesalkan jugak adalah aku bertambah sibuk!

dulu waktu zaman 'perang' dengan abang kakak, abahlah yang teman main. favourite game, dam haji. then jutaria.
dulu lawan cakap dengan kakak tak pernah menang. tak tau kenapa orang lain tak pernah nak faham apa sebenarnya yang ada dalam otak kanak2 hingusan ni.
dan abah ambil kunci motor, " jom kita ronda ". tak tahu sama ada dia faham yang aku mungkin tak salah ataupun cuma dia kesian dengan anak kecik ni yang asyik menangis.

malam- malam, habiskan masa dengan main jutaria and dam haji bila abah tak kerja dan tak keluar minum teh dengan kawan- kawan.

mungkin abah tak begitu dekat dan menjaga anak2 secara langsung macam mak. tapi dia lah manusia yang selalu faham aku, tak sama macam orang lain yang mungkin lebih rapat.
walaupun kadang2 apa yang aku ceritakan tak sepenuhnya diambil perhatian, tapi dia tetap manusia yang paling memahami.

dan sekarang dia semakin tenat.
kesakitan buatkan bibir dia makin kelu.
buatkan dia kadang2 seakan putus asa akan kehidupan.
buatkan dia kadang2 tidak berfikiran rasional seperti dulu.

dan aku hilang seorang pendengar luahan hati yang orang lain tak mungkin faham. hilang seorang teman yang ada setiap kali hati dirundung hiba walaupun tindakannya bisu tanpa suara.

Ya Allah, jika benar waktunya telah dekat,
ambillah  nyawanya sebaik baiknya dan tempatkan dia dalam kalangan orang- orang soleh.
jadikan kami anak2 yang soleh solehah supaya doa kami untuknya diterima MU ya Allah.
jika keadaan sekarang lebih menyeksakannya, kami relakan dia pergi Ya Allah
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Monday 28 April 2014

DUNIA ITU BAGAI RODA :)

' habis madu, sepah dibuang '
'hidung tinggi'

dan macam2 lagi peribahasa yang dicipta orang tua2 untuk menggambarkan perilaku mereka yang sombong, tidak mengenang jasa, dan sebagainya.
adat manusia, kebanyakannya bila dah duduk di atas, tidak lagi teringin menunduk kepada yang bawah.. sepanjang masa mendongak.
tidak kira lah teratas dalam carta akademik ke, kekayaan ke ataupun pangkat dan sebagainya.


Tiang seri dipasang serangkak
Dilitup terendak milik jauhari
Biarlah diri sekadar merangkak
Asal tidak meninggi diri.

Pantun  dari seorang senior pantun UKM.. 
Mungkin nampak simple, tapi membawa seribu satu pengajaran dan peringatan.

biarlah seteruk mana pun keadaan kita, tapi jangan sesekali meninggi diri, berlagak dan biadap terhadap orang lain.
terima kasih senior.. 
in shaa Allah tidak akan sesekali berperangai begini

thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Thursday 24 April 2014

PESTA PANTUN INTEGRASI UKM & PANTUN BESTARI UM

padat!
letih!
hampir rebah!

tapi

semangat kena kuat!
minat yang ada jangan dihentikan!
teruskan warisan bangsa!

dan berjuanglah aku dalam dunia pantun disamping assignment, program kolej, hal ehwal blok, program fakulti, program etp.segala jenis program!
pelajaran?
2 3 pagi baru sempat bersemuka dengan assignment.

tapi

janji Allah itu pasti.. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri"
tidak kutahu sejauh mana kaitannya hal pantun dengan kata2 ni, tapi inilah penguat semangatku!

lalu

ini hasilnya.. syukur alhamdulillah atas laluan yang dipermudah, atas rezeki yang murah, atas nikmat yang melimpah ruah.

tempat ketiga di pesta pantun integrasi anjuran UKM




kakanda yang banyak membantu



di pentas final.. alhamdulillah

bersama wakil USM.. tempat kedua. membawa nama UTM

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi
semoga keindahan bahasa Melayu kekal sehingga ke generasi yang terakhir.
Alhamdulillah jua ya Allah, mempertemukan hambamu dengan sahabat sahabat yang membwa seribu satu makna kepadaku.
team A & team B, moga ukhuwah kita berkekalan selamanya


thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

RODA MANUSIA

lama menghilang
dan kembali dengan disambut tawa riang
dalam tawa riang kenapa kau selit lagak
dalam kata pujian kenapa datang semula nada kasar

manusia
kan dah dikata hidup ni bagai roda
sekali kau kat atas
aku jamin akan kebawah semula kau nanti

sekali dah kuasai semua
apakah tidak mampu menghormati mereka yang tiada?
apakah kau rasa susah berkongsi kesenangan yang ada?
apakah kau rasa kebahagiaan kau terganggu?

adat manusia mahu mengarah
tapi jangan sampai menyakiti hati
kamu bukan ditaktor dan aku yakin dengan pendapat yang satu itu

manusia
pelbagai ragam
sudah dikata tiada yang sempurna
jadi terima sajalah
redha tetap redha
tapi perubahan itu tetap kena ada
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Sunday 2 March 2014

ANDARTU kah aku nanti?

" Semua nak reject..habis nanti nak kahwin dengan siapa? andartu lah kau nanti "

tersentap sekejap bila dengar ayat ni.
masuk bilik, fikir balik betul ke tak betul ayat tu? Macam betul pun ada jugak. hmm,sedihnya kalau betul2 jadi andartu.
tapi bila fikir lagi sekali, siapa yang tentukan jodoh sebenarnya? kau ke Dia yang kat atas sana?

duduk sekejap..cuba fikir balik tentang prinsip hidup yang dah dipegang selama 20 tahun ni. 'tidak mencari dan tidak menerima selagi tak ada petanda kearah jalan yang halal'.

aku cuba menjadi yang terbaik..cuba menyahut seruan Allah. cuba menyahut ajaran Nabi. kalaupun fail bab lain, bab hubungan sebelum kahwin ni biarlah lulus.
tak nampak rasionalnya bertukar pasangan sebelum kahwin. sebab tu lah prinsip ni aku pegang selama yang boleh. sebabnya? umur 20 tahun tu tak menjamin apa2. teman datang dan pergi. tak sanggup rasanya biarkan bakal jodoh mendapat sisa2 perasaan yang sebelum ni dah sakan bagi kat orang lain. Mungkin hati nak setia sampai nikah,tapi yakinkah teman yang dipilih sekarang bakal menjadi jodoh akhir hayat?

kalau takde jodoh sampai ke tua? takpe lah, Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

prinsip hidup tadi terus goyah dan goyah sampai lah jumpa sahabat2 yang punyai prinsip sama..syukran ya Allah.
dan sampai jumpa ayat yang satu ni juga :


ayat yang kembali pasakkan prinsip tadi,sharp masuk ke jiwa.
bukan berlagak baik, cuma belajar ke arah yang Allah suka.



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^