Thursday, 28 February 2013

start n end



happened without a kickstart
go through all the ways without signage
and now the end is unseen

prediction by predictions
trial by trials
get along blankly
hope for something which could not be foreseen

hope is hope
and reality is conformity

lets confess and end this

hurt will take part
sadness will fill in
it may worth if this is the fate

future is future
and it must be great
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Sunday, 24 February 2013

AWESOME DINNER OF FOUNDATION IN LAW :)


hye,assalamualaikum..
saje je hari ni,saya nak cerita pasal dinner yg baru je berlangsung semalam.
best or tak ?
hmm, bagi saya, best lah jugak. performances, dresses and yg paling penting adalah makanan!
even makanan tak la grand sangat, tapi best sebab dapat tambah sampai 2 kali..hehee
kenyang perut saya :)

so, kita tengok gambar je lah ye

yg berbaju purple tu izmira and yg hijau tu, nas :) i am in the middle of them

now, introduced to u, my next bestfriend, bella :)

nissa, ain n again, cik izmira :) tiga dara pinggitan^^

my precious moment, a nice memory to remember :) thanks to those who support me through all the ways ^^

tema on that dinner was actually duke and duchess, but then saya ni tak de lah fashionista sgt..so,just pakai jubah yang ala2 dress tu..
actually, colour orange tu dah buat saya cuak untuk pergi dinner malam tu.. naseb baik ada roomate yg sangat berbakat untuk jadi fashion advisor, tolong belikan tudung kelabu untuk soften kan sikit that orange dress :) tq ereen^^

alhamdulillah, everything went well..terhutang budi kepada madam ilyana and the involved committees for organizing such a perfect event.

hope this upcoming final exam will be okay and do pray for my success..







thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Wednesday, 20 February 2013

MENABUNG??? ehhh =='


hye,assalamualaikum :)

menabung, tabung, menabung..erk... apakah = ='

mungkin, dalam dunia yang konon lah serba moden sekarang ni, manusia2 yang menghuni muka bumi ni dah makin lupa apakah menabung itu..
kalau tanya adik2 yang kecik tu, boleh kira ramai yang tak pernah langsung didedahkan dengan amalan yang serba manual dan tradisional ini..
al maklumlah, sekarang ni dah banyak sangat bank2 ternama yang wujud..daripada sibuk2 cari bekas nak buat tabung,baik masuk je duit tu semua dalam bank. tak pun,simpan semuanya dalam purse tu sampai kembung :)


selalunya, orang menabungkan syiling je..jarang la orang yang nak tabungkan duit kertas kecuali tabung masjid.haa,yang tu memang penuh dengan notes biru,hijau dan yang seangkatan dengannya :)
*moga dikurniakan pahala berlipat ganda untuk orang yang memenuhkan tabung masjid^^insyaAllah..

saya pun sebenarnya,malas betul nak menabung ni..selalunya take part kira syiling mak dengan abah je..lepas tu,kalau ada balance beberapa sen daripada nilai genap, semua jadi hak saya :)
tapi,sejak duduk asrama dan sekarang dah pun dekat u, nampaknya amalan ni famous betul..
saya nampak roomate saya pun ada uncang duit syiling..heheee
nak tau sebab apa?


haaa, ni lah sebabnya..kami malas nak basuh baju guna tangan sebenarnya :)
sekali basuh, RM 2. so,kena rajin lah simpan duit..tak boleh la dah habiskan balance duit untuk beli gula2..



korang kenal tak ni apa? ha,ni lagi satu alasan konkrit kenapa tetiba je student2 ni nak menabung..aim utama kami adalah untuk mengelakkan daripada kena makan maggi setiap kali hujung bulan. tak pun, lebih sadisnya, supaya dapat beli 2 3 bungkus maggi supaya tak makan angin je untuk seminggu^^


so,selamat menabung ye semua :)


thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Tuesday, 19 February 2013

JeNgUk JeNguK KELANTAN :)

Hye,assalamualaikum :)

Sempena cuti terlebih panjang yang diANUGERAHkan uitm kepada student2 nya yang bertuah ni last week, sempat jugak la saya manfaatkan dengan pergi menjenguk dan meninjau lagi satu negeri dekat Malaysia ni. almaklumlah, nak menjenguk negara 4 musim tu, pitisnya tak cukup lagi :)



dari kl, langkah ke terengganu ikut highway baru, akhirnya sampai lah ke kelantan, negeri cik siti wan kembang ni selepas lebih dari 10 jam..*saya tidur keseluruhan sepuluh jam ni.. konon2 letih :)
yeay, inilah PCB Resort..duduknya betul2 atas pasir kat tepi pantai cahaya bulan tu haaa.. dapat lak bilik pertama yang betul2 menghadap pantai..memang nikmat yang tidak terhingga ^^


ni lah Istana Jahar yang sangat cantik, sangat unik dan sangat menarik hati..curi2 tangkap dari luar je ni, malas nak membeli tiket :)


ni lah gasing yang tersesat, terpacak kat Pasar Siti Khadijah :) abaikan yang dua orang tu ^^ tu lah muka2 orang bahagia dapat shopping baju tidur and keychains..


pantai yang menenagkan. tapi yang peliknya, mula2 datang, airnya memang nampak biru. tapi, pagi esoknya dah jadi macam air lumpur. aish, ada subjek yang perlu dikhatamkan ni untuk fahamkan perubahan2 air laut :)


bank pitis? mungkin sama macam rhb bank ataupun cimb bank kot. cuma masa je bezanya :)


agak2 nya, ni memang kebiasaan penduduk kat situ kot. celik2 je mata petang tu, tengok kawasan tepi pantai semua dah penuh dengan orang ramai. memang meriah!berapa lah ye pendapatan pakcik yang jual layang2 dan wau tu ye :) ramai pulak tu customer

so,finally, after 3 hari 2 malam stay kat kelantan, menjelajah dan menjengah segala tempat shopping yang ada, kami teruskan lah misi lain pulak. yeayy,menjengah kampung kat kulim ,jumpa atok, jumpa segala isi kampung terchenta tu^^ 



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Thursday, 7 February 2013

serabut serabai =='

hye,assalamualaikum


kawan,sahabat dan teman..
tak kira lah apa term sekalipun
tak kira lah macam mana rupa bentuk nya
dan tak kira lah apa latar belakang yang ada
tetaplah insan2 ni yang membentuk zarah2 halus dalam diri setiap insan yang bergelar manusia..

kadang2,puas kita mencari zarah2 ini
sana sini kita melihat pada kesesuaian
dan seringkali mengubah ketidaksuaian kepada padanan yang hebat
lihat,manusia tak mampu hidup tanpa kawan!
meskipun ada,pasti di hati akan ada sedikit kekosongan


ya,benar ketidaksamaan itulah yang mewujudkan satu kebahagiaan
tapi perlu sedar,dalam ketidaksamaan,perlu ada keserasian!
jangan menjadi seperti lembu dicucuk hidung,mengikut tanpa bantahan!
dan jangan menjadi seperti enau dalam belukar,yang hanya tau fikirkan diri sendiri tanpa peduli tentang orang lain.ketidaksamaan itu boleh diterima,tapi harus ingat pada tahap manakah kepelikan anda itu yang mampu diterima logik akal!



bila anda menjadi kawan
jadilah kawan yang bernama KAWAN
bukan kawanan lembu mahupun kawanan gajah
tapi mereka yang mampu merealisasikan apa itu definisi kawan

manusia tidak sempurna
dan tak akan sempurna sampai bila2
kita bukan maksum apatah lagi berperilaku bagai malaikat
kadang2,ingin kita jaga segala galanya
tapi bila sesuatu hal sudah melangkaui tahap yang digariskan
kesabaran dan garis rasional terbang entah ke mana

hargailah
hargailah mereka yang berusaha melindungi dirimu
hargailah mereka yang mungkin kamu istilahkan sebagai fake friends hanya kerana mereka menjaga sekeping hati milik kamu
hargailah segala galanya

tak mungkin persahabatan itu hilang jika tiada yang melanggar batas
tak mungkin persahabatan itu lenyap jika tiada yang memulakan kehancurannya!



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Sunday, 20 January 2013

MaTuRiTy !!! :)

hye,assalamualaikum <3

hari ni saya and kawan2 pergi ke taman sek 7 untuk buat projek psychology kitorang. and disebabkan bus sangatlah jarang2 masuk dalam kampus hari ni, kitorang sampai sana dah dekat tgh hari.dekat2 kol 11 rasanya.

and ingatkan panas2 macam ni, tak de budak2 kecik yang nak main kat taman tu. kalau tak de baguslah. sebab kitorang nak guna permainan tu sebenarnya sebagai latar belakang video..holaa, mak cik2 ni kadang2 teringin jugak nak beriang ria cam adek2 tadika tu sebenarnya. waktu matahari tgh terik tu, tiba2 datang satu family. eh,tak lengkap se family sebenarnya sebab mak dia tak de sekali. seorang ayah and 3 orang anak perempuan.

mula2 saya tengok, si ayah angkat anak yang paling kecik naik ke tempat mainan tu. so dalam hati, alah cian si kecik. tak pandai panjat..
bila saya pandang lagi sekali, tengok si ayah angkat yang kedua besar pulak. saya terus pandang and tengok si kakak sulung cuba panjat tangga sendiri. walaupun dia mampu and rasanya memang tak kan jatuh tergolek ke belakang, tapi si ayah ni terus pegang n pimpin tangan anak dia.
eh, baiknyaaaaa...

lepas habis baca notes, saya tengok 3 orang budak kecik tu still main and ayah dia pun still ikut kat mana je anak dia pergi. bila berpeluh, dia lapkan. sorang demi sorang. langsung tak ditinggalkan.kalau saya, maybe dah pergi baca majalah kat mana2 kerusi yang ada :)
and bila anak2 dia suruh 'lambungkan', si ayah ni pun buat. still terhadap ketiga tiga orang. eh,korang tau kan macam mana lambung budak kecik??

bila balik,saya teringat kawan2 lelaki dr tadika sampai lah masuk u ni..kalau nak cakap pasal kenakalan diorang, memang lah tak cukup 10 pages. dulu,saya selalu tanya kawan2..'eh,korang ni nanti jadi bapak orang camne ea? tak nampak ketokohan langsung" hahaa,punya lah jahat mulut..and diorang akan cakap, "weh,aku ni gila gentle.cuma tak nak show off je.tunggulah bila da mature gila nanti."

bila saya tengok situasi tadi, ooo barulah saya percaya yang kematangan lelaki tu wujud sebenarnya..tak kan lah selama lamanya nak nakal cam zaman kanak2 ribena dulu kannn?? in fact, benda tu akan wujud sendiri bila dah besar. terharu sebenarnya tengok si ayah layan ank dia..uwaaa, teringat abah kat umah...

hmmm,kawan2 saya pulak selalu cakap"eh hanis, nanti ko dah tua camne ea? kuat membebel.sian ank2.." hahaa,aku ni ntah kawen ke tidak kawan2 oiiii..kita tunggu je lah kematangan tu datang ye..hahaa
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Thursday, 17 January 2013

have u been hurt?

"its ok to be hurt. because it gives u the chance to know the real them."

hye,assalamualaikum..
haaa,amacam?
bila baca quotes ni, apa yang ditafsirkan?
teringat kenangan lepas? kena buli? kena tipu?
hmmm, macam2 kan

dalam dunia ni, mana ada orang yang sukakan susah, yang sukakan benda yang tak menyenangkan.
boleh kata, semua orang nak perfect.
mungkin ya, ada sebahagian yang pelik ataupun kita kira sebagai unik pemikirannya. suka benda yang lain daripada orang lain.

tapi, macam mana pun kita buat, mesti ada MASALAH!
yup,masalah.
paling common n kira major problem la kan, of course RELATIONSHIP!
tak kesah la relation ngan sapa pun. dengan monyet yang bergayut kat hutan tu pun kira relation jugak kan.
tapi kalau da nama manusia, selalunya mestilah ngan homosapien jugak.

KAWAN
ade tak dalam dunia ni, manusia yang langsung tak berkawan?
aish,susah laa nak dapat orang macam tu.mustahil..
hmmm,kawan ni banyak function dalam hidup. pandai cari, pandai la ko jadinya. tak pandai cari, aish tanggunglah akibatnya.

kadang2, dalam duk kita bahagia berkawan ni, tetiba je ada prob muncul.
biasa lah, perangai orang.
kadang2 kita buat baik,dia balas pelik2 kat kita..kadang2, kita yang tak perasan kita da hancur luluhkan jiwa raga orang..holla,ayat tak ley blaaa :)
macam2.
perangai lain2.ada yang celupar, ada yang hot tempered, macam2 lahhh.

awak2 semua,kalau rasa ade haters dlm hidup,buat dont know ye. kalau rasa ade org buat tak baik dekat kita, hmmm kalau boleh buat dont know jugak. utk org yang panas baran tu,ikut lah.kalau nak berdepan biar cara elok yee..
biar tujuannya adalah untuk menyedarkan..
kalau dia tak sedar?
aishh, lantak ke dia laaa..yang awak tu, lembutkan hati,tegur je la balik sebab bermusuhan ni buruk akibatnya. biarlah dia yang tak nak ubah perangai tu.
yang penting,kita ni. MUHASABAH la diri after tu...okay?

"i love to be hurt because the feeling drag my fingers to complete the exercises and my eyes to read on the notes. thanx to the haters as u emptied a space in my daily life for me to complete a more important thing rather than thinking of a hater like u"

dalam islam dah ajar kan, tak elok kita tak bercakap/ bergaduh lebih 3 hari..*saya selalu buat :)
hmmm,fikir2 kan..

"if u know that u're right, then ignore the so-called right if they dont want to admit that they're wrong. no need to hear for such confession. all u need to do is smile, and continue ur life happily ever after"

proceed the relation and beware. u will lost nothing but u will gain lot of things :)
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^