Monday, 28 April 2014

DUNIA ITU BAGAI RODA :)

' habis madu, sepah dibuang '
'hidung tinggi'

dan macam2 lagi peribahasa yang dicipta orang tua2 untuk menggambarkan perilaku mereka yang sombong, tidak mengenang jasa, dan sebagainya.
adat manusia, kebanyakannya bila dah duduk di atas, tidak lagi teringin menunduk kepada yang bawah.. sepanjang masa mendongak.
tidak kira lah teratas dalam carta akademik ke, kekayaan ke ataupun pangkat dan sebagainya.


Tiang seri dipasang serangkak
Dilitup terendak milik jauhari
Biarlah diri sekadar merangkak
Asal tidak meninggi diri.

Pantun  dari seorang senior pantun UKM.. 
Mungkin nampak simple, tapi membawa seribu satu pengajaran dan peringatan.

biarlah seteruk mana pun keadaan kita, tapi jangan sesekali meninggi diri, berlagak dan biadap terhadap orang lain.
terima kasih senior.. 
in shaa Allah tidak akan sesekali berperangai begini

thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Thursday, 24 April 2014

PESTA PANTUN INTEGRASI UKM & PANTUN BESTARI UM

padat!
letih!
hampir rebah!

tapi

semangat kena kuat!
minat yang ada jangan dihentikan!
teruskan warisan bangsa!

dan berjuanglah aku dalam dunia pantun disamping assignment, program kolej, hal ehwal blok, program fakulti, program etp.segala jenis program!
pelajaran?
2 3 pagi baru sempat bersemuka dengan assignment.

tapi

janji Allah itu pasti.. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri"
tidak kutahu sejauh mana kaitannya hal pantun dengan kata2 ni, tapi inilah penguat semangatku!

lalu

ini hasilnya.. syukur alhamdulillah atas laluan yang dipermudah, atas rezeki yang murah, atas nikmat yang melimpah ruah.

tempat ketiga di pesta pantun integrasi anjuran UKM




kakanda yang banyak membantu



di pentas final.. alhamdulillah

bersama wakil USM.. tempat kedua. membawa nama UTM

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi
semoga keindahan bahasa Melayu kekal sehingga ke generasi yang terakhir.
Alhamdulillah jua ya Allah, mempertemukan hambamu dengan sahabat sahabat yang membwa seribu satu makna kepadaku.
team A & team B, moga ukhuwah kita berkekalan selamanya


thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

RODA MANUSIA

lama menghilang
dan kembali dengan disambut tawa riang
dalam tawa riang kenapa kau selit lagak
dalam kata pujian kenapa datang semula nada kasar

manusia
kan dah dikata hidup ni bagai roda
sekali kau kat atas
aku jamin akan kebawah semula kau nanti

sekali dah kuasai semua
apakah tidak mampu menghormati mereka yang tiada?
apakah kau rasa susah berkongsi kesenangan yang ada?
apakah kau rasa kebahagiaan kau terganggu?

adat manusia mahu mengarah
tapi jangan sampai menyakiti hati
kamu bukan ditaktor dan aku yakin dengan pendapat yang satu itu

manusia
pelbagai ragam
sudah dikata tiada yang sempurna
jadi terima sajalah
redha tetap redha
tapi perubahan itu tetap kena ada
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Sunday, 2 March 2014

ANDARTU kah aku nanti?

" Semua nak reject..habis nanti nak kahwin dengan siapa? andartu lah kau nanti "

tersentap sekejap bila dengar ayat ni.
masuk bilik, fikir balik betul ke tak betul ayat tu? Macam betul pun ada jugak. hmm,sedihnya kalau betul2 jadi andartu.
tapi bila fikir lagi sekali, siapa yang tentukan jodoh sebenarnya? kau ke Dia yang kat atas sana?

duduk sekejap..cuba fikir balik tentang prinsip hidup yang dah dipegang selama 20 tahun ni. 'tidak mencari dan tidak menerima selagi tak ada petanda kearah jalan yang halal'.

aku cuba menjadi yang terbaik..cuba menyahut seruan Allah. cuba menyahut ajaran Nabi. kalaupun fail bab lain, bab hubungan sebelum kahwin ni biarlah lulus.
tak nampak rasionalnya bertukar pasangan sebelum kahwin. sebab tu lah prinsip ni aku pegang selama yang boleh. sebabnya? umur 20 tahun tu tak menjamin apa2. teman datang dan pergi. tak sanggup rasanya biarkan bakal jodoh mendapat sisa2 perasaan yang sebelum ni dah sakan bagi kat orang lain. Mungkin hati nak setia sampai nikah,tapi yakinkah teman yang dipilih sekarang bakal menjadi jodoh akhir hayat?

kalau takde jodoh sampai ke tua? takpe lah, Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

prinsip hidup tadi terus goyah dan goyah sampai lah jumpa sahabat2 yang punyai prinsip sama..syukran ya Allah.
dan sampai jumpa ayat yang satu ni juga :


ayat yang kembali pasakkan prinsip tadi,sharp masuk ke jiwa.
bukan berlagak baik, cuma belajar ke arah yang Allah suka.



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Saturday, 16 November 2013

kem pendidikan 1 malaysia.. OHSEM!!!

hye assalamualaikum :)

alhamdulillah..dah seminggu kem pendidikan bersama adik2 form 3 sekita johor bharu habis :) penatnya hmmm, memang tak terkata..selama seminggu korbankan cuti mid sem semata mata nak pastikan preparation berjalan lancar.
takpe,penat tu buang ke tepi.asalkan semua peserta puas hati

so alkisahnya kem ni adalah untuk anak2 yatim dan mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. tapi ada jugak yang tak tergolong dalam dua2 kategori ni sebab cikgu dia main pilih je.and ada jugak yang dipilih sebab nakal haha

tapak kem yang kitorang pilih adalah kem Dayang di Pontian. not bad tempat ni especially time jungle trekking and kawasan empangan.sangat sangat sangat cantik. ^^

tiga hari berkem, banyak aktiviti yang kitorang dah buat.dari ice breaking, team buiding, communication skill, innovasi and banyak lagi. alhamdulillah respons pelajar pun baik even mula2 datang tu macam lemau je semua :)

so here we go.. pictures ^^

mula2 jemput adik2 dari smk selesa jaya..see fasi and students lebih kurang je hehee

actually tengah main game 'alamak terikat' tapi bila cameraman datang,semua lepaskan tangan and bergambar :)
semangat je abang berdua ni conduct senaman pagi..to jungle trekking we go!!!
team water war fasi..sorry adik2 sebab kitorang guna air yang ada lumpur and korang guna air paip je untuk baling kitorang :p
sebahagian adik2 dari team kelabu :) adik2 favourite saya ^^
have u ever played human dominos in pool?so this is how it looks like
masa untuk balik !!!! will missing u adik2..

and after 3 hari berkem di kem Dayang, finally sampai masa untuk hantar adik2 balik ke sekolah and fasi2 pun nak kena balik ke UTM tercinta :)
actually the bonding was not really seen during the program, but after we get back into hostel,these awesome adik2 suprised us. diorang add semua fasi di fb even ramai yg tak bg tau pun apa id fb.and most of them memang tak mintak pun.and they created fb page khas untuk peserta kem.terharu sangat2 sebab diorang memang tak tunjuk langsung that friendship spirit and bonding sangat2 lemah. tapi rupa2 nya diorang simpan semua tu and tunjuk bila dah sampai rumah. 
hari2 dapat fb message, "fasi2,kami rindu anda semua" :)
just bear in mind adik2, we miss u too ^^

alhamdulillah,everything went great. thank you Allah. 

thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Saturday, 2 November 2013

happy-go-round jb ^^

hye assalamualaikum :)

Pejam celik, pejam celik, dah 2 bulan rupanya duduk kat skudai ni. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan baik.. oopps only for account subject, not turning very well I guess.
So finally here comes the long holiday - 11 days holiday. alhamdulillah
And before holiday ni dipenuhkan dengan segala assignment and revision, we decided to have a half day walking around jb which is actually occupied with shopping time ^^ *biasalah kalau dah namanya perempuan kan.

untuk membolehkan semua orang pergi berjimba, kitorang sewa lah kereta 2 biji. kancil and viva. and driver nya of course lah bukan saya sebab saya memang tak pernah ada lesen ^^

benda pertama yang dicari adalah tempat makan. so here we go, Old Town White Coffee ^^

sorry abang kakak old town, kami memang tak boleh kalau tak bergambar :)
and after perut dah kenyang, berjalan lah ramai ke cinema. kononnya nak memenuhkan panggung tapi semua cerita lewat petanglah pulak. and ada guys yang kena solat jumaat. so turunlah balik,cari masjid.sementara guys solat jumaat, kitorang shopping kat MR D.I.Y.. :) since bahagian perempuan pun occupied by lelaki untuk solat, so mr d.i.y tu memang penuhlah dengan cik kak2 and mok cik2 ^^

dah berusaha jadi orang terawal keluar dari kedai, tapi still bawak balik plastik yang paling besar :p nampak sangat kuat shopping hehee



next adalah masa untuk berbowling ^^. so we chose Angsana since another place has been booked for tournament.. and bermulah 1 hour of game bowling longkang *im among the worst haha
puas jugaklah main..hilang stress.hilang habis bayangan markah account yang teruk tu :)

yeahhhh inilah team bowling longkang kami *actually orang lain perform.saya sorang je yang ntah apa2


the most compulsory thing to do is shopping for food stock :) yeah, the top mission actually. habis makanan kat pasaraya tu kitorang borong.. cehhh konon je, auta lebih :p
seronok betul bila kemas stok makanan, kotak stok tu penuh sampai takde ruang dah hahaa..nikmat yang tak terhingga tauuuu. almaklumlah lagi 3 bulan nak duduk sini sebelum balik kl ^^

and finally,masa untuk balik kolej.. shopping2 pun,maghrib jangan lupa. kena cepat balik untuk elak terlepas waktu. special thanks to ima and eyka sebab jadi driver kitorang. *ima bawak macam michael schumacher :)
thanks to other 6 of you sebab dah spent time together..
lepas ni focus kat pelajaran heheee :p




thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

Thursday, 12 September 2013

new life.NEW ENVIRONMENT.everything new!!

hye assalamualaikum.

rasanya dah hampir 5 bulan tak menjengah dunia blogging ni. almaklumlah dulu sibuk dengan exam. habis exam,sibuk mencari nafkah pula.ehhhhh.cari duit maksud saya.
untuk orang2 yang kuat shopping ni,memang kena kerja,cari duit sendiri.kalau nak mak ayah tanggung,setinngi gunung pun boleh habis duit tu :)

so,alhamdulillah.dunia asasi dah berakhir.Dengan pointer yang agak baik, berjaya juga tempatkan diri dalam UTM ni. walaupun cuma mengambil kursus pembangunan sumber manusia dan tak seglamour kursus dahulu iaitu undang2, insyaAllah segalanya akan menjadi yang terbaik pada masa depan :)

dengan terdaftarnya saya di UTM Skudai ni,maka bermulalah episod2 baru dalam hidup.kawan baru.bilik baru.environment baru.segala galanya baru.
kalau dulu di UiTM Shah Alam, bas ada banyak.lagi 10 minit kelas nak bermula, baru berlari keluar bilik.dan sekarang, setiap hari turun satu jam lebih awal disebabkan kekurangan bas.letih.
tapi hidup perlukan pengorbanan kan :)

so,lihatlah gambar2 mereka yang menceriakan hidup saya di UTM ni

zati,iqa dan syahirah :) kawan2 dari course psychology dan human resource

asked by photographer untuk buat muka buruk ^^ yang tudung kelabu tu roommate tercinta <3

in indian outfit,rengga. malam kebudayaan,sebagai penyair dan pelakon tambahan :)

team kebudayaan. kami menang tempat ketiga.hooreyyy

"....kami anak kandung.UTM rimbun bernaung..."


bermulanya episod penjelajahan mencari ilmu untuk kami sumbangkan semula kepada masyarakat agama dan negara.doakan yang terbaik untuk kami.semoga semuanya berjaya grad dengan kepujian ijazah pertama.amin...

thanks for reading..arigatou gozaimashta^^