Sunday 6 January 2013

kenangan dan harapan

'Haa, adik and kakak.nanti mak nak korang naik bas tu tau bila dah besar'. mata kitorang yg tengah fokus dekat makanan berpaling, pandang ke arah yang mak tunjuk.
oh,bas sekolah!
kami pening kepala fikir apa yg menarik dengan bas tu. rasanya sama je dengan bas2 yg lain.
'cuba tengok apa nama sekolah tu.tu bas sekolah asrama penuh.(sbp) bukan semua org tau dapat naik bas tu.sapa yg betul2 terpilih je'
waktu tu saya tengok muka mak memang penuh dengan cahaya pengharapan kepada 2 org anak perempuan dia yg masih di kecil ketika tu.

lalu bila masuk sekolah rendah,apa yang saya buat adalah belajar. menjadi seorg yg susah nak ngam dengan orang yg tak sekepala, masa saya banyak dihabiskan dengan belajar.
mungkin doa mak saban hari menjadikan saya begitu cintakan ilmu.
bila periksa, saya pulun untuk dpt kan seberapa bnyk A. satu A akn dapat hadiah rm3.dan selalunya saya cuma mampu dptkan 3A sahaja. duit itu saya gunakan untuk beli buku latihan bila ada jualan buku di sekolah waktu parents ambil report card.
'mak tak boleh nak belikan buku latihan setiap bulan untuk korang semua. banyak perkara yg perlukan duit. jadi, kalau korg betul nak belajar, dapatkan result yg baik. nanti mak bg extra duit,lebih dr rm3 yg dijanjikan.'





dan akhirnya,5 A milik saya! syukur,alhamdulillah..ade cikgu yg terkejut bila saya dapat number 2 dalam aliran.
'eh,pandai jugak ko ni Aniza'. itulah cikgu maths saya waktu darjah 3.

sekali lagi,harapan mak dikabulkan. dan harapan saya jugak sebenarnya.
saya dapat masuk sbp ketika di tingkatan 1.
orang sekeliling mula bukak mata.
dulu saya tolong mak hantar kuih sebelum pergi sekolah. sama jugak dgn abg dak kakak.. ada kawan2 yg perlekehkan kami. tapi ramai juga yg sebaliknya. mereka kagum bila tiba hari anugerah kecemerlangan, raga motor mak penuh dengan piala2 saya dan hadiah2 lain. kalau naik kereta pun, alhamdulillah kereta tu juga penuh dgn hadiah saya dan kakak.


sekolah menengah sains tengku abdullah,raub pahang.
tempat segala suka duka diabadikan





tapi itulah, manusia ni rezekinya ada pasang surut. sesungguhnya, Allah jua yang lebih tahu apa yg terbaik untuk hamba2 Nya.
bila masuk sekolah menengah, saya tak dapat catch up pelajaran. saya rasakan yg saya tiada minat pada maths dan sains.
masalah sukar tidur pula menjadikan saya mengantuk dan hilang tumpuan dalam kelas. setelah penat berjuang, saya dapat juga 8 A dlm PMR tetapi saya kecundang ketika SPM.ya, KECUNDANG!
ketika di form 5, syaa mmg rasakan yg rezeki saya di bidang sastera. saya bukan aniza hanis yg dulu, seorg yg mindanya sentiasa analitikal terhadap sains dan matematik.






dan sekarang, di sinilah saya. FAKULTI UNDANG UNDANG.
syukur alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya untuk jejakkan kaki di universiti.
saya sudah rasakan kepayahannya meski baru di peringkat asasi. tapi syukur bila result di sem 1 berada di tahap yang agak baik.
kadang2 terasa ingin berputus asa, tapi kawan2 dan keluarga menjadi penguat semangat.
teringat kawan yg sedang belajar di jerman kata,
'anis, kalau kau rasa law tu susah,bahasa inggeris yg digunakan tu pun susah, ingat la aku yg kena belajar engineering dan dalam bahasa jerman ni'

sesungguhnya, percaturan Allah terhadap hidup saya adalah yg terbaik.. dibiar saya jatuh supaya saya sedar dimana bidang saya sebenarnya dan berusaha untuk berjaya dalam bidang tersebut.
diberinya saya seorang ibu dan ayah yang sangat pandai menjaga anak2 nya meski kewangan selalu menghimpit. tiada kemewahan tapi dicukupkanNya segala keperluan. syukur Ya Rabb.

apa yang penting sekarang, adalah usaha. ya, USAHA!
kalau dulu adik dah capai impian mak untuk berada di sbp, kali ni adik akan capai impian mak untuk menghabiskan bidang ni di peringkat yg terbaik. insya Allah
thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

No comments: