Saturday, 2 March 2013

Alhamdulillah :)

hye, assalamualaikum..

syukur kepada Allah atas nikmatNya hari ni..

actually, pagi tadi ada test law of tort and soalan yang masuk memang soalan yang dah saya jangkakan.. so, rasanya memang dah buat yang terbaik dan harap2 nya dapat markah yang terbaik lah jugak :)

lepas seksa tak boleh tidur semalam dan cuma lena bila dah pukul 5.30 pagi, akhirnya rasa berbaloi pulak usaha yang dah dikeluarkan ni. ye la, saya ni bukan nya rajin sangat. bila nak test, baru nak baca buku. nak tak nak, tak boleh lah skip2, kena baca dari awal sampai akhir. kalau tak, alamatnya memang tak faham sepatah pun lah.




cantik ratu berjalan petang,
menutup paha dibalik kebaya;
berlalu satu tiga mendatang,
semoga usaha menjanji jaya. :)






thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

4 comments:

UmmiKami said...

Salam manis buat Aniez, cantik pantun anak Ummi ni.. =D

Senja lepas sering berdua,
Dara amboi berkebaya ungu;
Kerja keras beriring doa,
Usaha berbaloi bahagia menunggu. =D

aniez aziz said...

salam manis juga buat Ummi :)

biasa2 je ummi pantun tu..saya tak pandai sangat nak berpantun ni :)

berlalu kaloi memagut sagu,
diranting getah bertemu kelah;
usaha berbaloi bahagia menunggu,
jangan berpatah jangan mengalah.

UmmiKami said...

Salam dari jauh buat Hanis yang comel :)

Daun menitis turun ke tangkai,
Bumi berlagu mega pesona;
Pantun Hanis belum pun sampai,
Ummi menunggu hingga terlena.

UmmiKami said...

Salam manis buat Hanis...
Jom berpantun serangkap di blog Ummi.. :D