Saturday 1 June 2013

MaRI uBAh :) U.B.A.H !!!

hye,assalamualaikum :)

hari ni, tiba2 saya terasa nak cakap pasal UBAH! yes, ubah. tapi,jangan salah sangka ya.bukan konsep ubah yang diagungkan pakatan rakyat, tapi ubah ini.

BUDI BAHASA!

hari ni,genap 1 bulan setengah saya bekerja di transit store sdn bhd. alhamdulillah,dapat kumpul duit untuk degree nanti :)
tapi,dalam gembira bekerja, kadang2 terselit jugak rasa marah, kecewa, sedih..bercampur baur! atas pengalaman selama sebulan setengah ni lah,saya rasa nak coretkan serba sikit tentang attitude rakyat malaysia ni




korang mesti pernah pergi kedai macam ni kan? tak kisah lah,kedai apa2,tapi yang pastinya mesti ada sales assistant dalam kedai tu


antara pelanggan yang datang ke tempat saya bekerja,ada yang baik dan berbudi bahasa. saya suka bila mereka ucapkan terima kasih selepas dapat barang ataupun baki.
saya gembira bila tengok orang2 ni senyum kepada kami bila mereka masuk ke kedai.
dan saya gembira bila mereka katakan"tumpang lalu" apabila laluan mereka dihalang kami yang sedang buat kerja.
kadang2, ada pelanggan yang memang nampak 'high standard', berprofil tinggi, tapi masih murah dengan senyuman.

saya pernah ditegur customer dengan ayat macam ni." eh dik.lalu sikit.saya nak tengok air,bukan nak tengok awak." walhal waktu tu,saya sedang bergerak,memberikannya ruang untuk membuat pilihan.cuma keadaan kedai yg sempit,membuatkan pergerakan saya tersekat.
saya senyum,tetapi hakikatnya, kami rasa terhina!

pernah juga customer bercakap dengan nada yang kuat,yang sebenarnya boleh kira sebagai jerit bila permintaanya kami salah ertikan.

yang tidak mahu membalas senyuman, tak apa.kami mungkin tak dapat senyuman anda, tapi insyaAllah akan ada pahala.

kadang2, customer sengaja menyelerakkan barang2 yang kami dah susun.kemudia pergi tanpa membeli apa2.kami manusia. ada perasaan dan tahap tenaga yang tertentu.tapi,tak apa.kami memang dibayar untuk kerja2 sebegini. tapi,kalau anda sedar hakikat budi bahasa, saya jamin anda akan bertindak sebaliknya.

ada juga yang bila kami hulurkan tangan untuk terima wang, tapi dia elakkan dan wang tadi dicampak atas meja kaunter dengan kasar. kadang2, wang kertas dilipat2 sehingga susah kami nak mengira.tak apa,ini kerja kami..tapi ingat,kami tak dibayar untuk mengutip wang anda dengan cara yang hina!

kadang2,saya terfikir,apa sebenarnya tanggapan rakyat Malaysia terhadap pekerja2 bawahan seperti kami. kalau anda anggap kami tidak setaraf dengan anda, maaf. kebanyakan daripada sales attendant di Malaysia adalah mereka yang berpelajaran. ada juga antara kami yang berkelulusan degree.dan ada juga yang lebih dari itu.cuma takdir dan keadaan menjadikan kami sebagai pekerja di kedai2 ini.

mungkin ketebalan harta kita tak sama, taraf kerja berbeza, tapi hakikatnya kita semua manusia yang hina!
belajarlah untuk berbudi bahasa!
kalau tiada tukang sampu dan pekerja alam flora, hidup anda tak akan aman.penuh dengan sampah sarap.
kalau tak ada peniaga pisang goreng di tepi jalan, perut anda tak akan berisi.
siapa pun kita,hakikatnya pergantungan itu tetap ada
latar belakang kita memang tak sama,tapi tiada sesiapa pun yang layak dihina!

berubahlah rakyat malaysia. kalau tidak,jangan pernah mengaku bahawa kita adalah masyarakat timur kerana masyarakat timur yang digembargemburkan dulu adalah mereka yang menjaga adat ketimuran dan budi bahasa, bukannya seperti kita!



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

2 comments:

Anonymous said...

subhanaAllah.. benar sekali. setiap manusia di muka bumi ni sama.. kita saling memerlukan di antara satu sama lain. kita harus menghargai ^^

Unknown said...

kita ni macam rantai makanan.hilang satu bahagian,terjejas bahagian yang seterusnya :)