Wednesday, 20 February 2013

MENABUNG??? ehhh =='


hye,assalamualaikum :)

menabung, tabung, menabung..erk... apakah = ='

mungkin, dalam dunia yang konon lah serba moden sekarang ni, manusia2 yang menghuni muka bumi ni dah makin lupa apakah menabung itu..
kalau tanya adik2 yang kecik tu, boleh kira ramai yang tak pernah langsung didedahkan dengan amalan yang serba manual dan tradisional ini..
al maklumlah, sekarang ni dah banyak sangat bank2 ternama yang wujud..daripada sibuk2 cari bekas nak buat tabung,baik masuk je duit tu semua dalam bank. tak pun,simpan semuanya dalam purse tu sampai kembung :)


selalunya, orang menabungkan syiling je..jarang la orang yang nak tabungkan duit kertas kecuali tabung masjid.haa,yang tu memang penuh dengan notes biru,hijau dan yang seangkatan dengannya :)
*moga dikurniakan pahala berlipat ganda untuk orang yang memenuhkan tabung masjid^^insyaAllah..

saya pun sebenarnya,malas betul nak menabung ni..selalunya take part kira syiling mak dengan abah je..lepas tu,kalau ada balance beberapa sen daripada nilai genap, semua jadi hak saya :)
tapi,sejak duduk asrama dan sekarang dah pun dekat u, nampaknya amalan ni famous betul..
saya nampak roomate saya pun ada uncang duit syiling..heheee
nak tau sebab apa?


haaa, ni lah sebabnya..kami malas nak basuh baju guna tangan sebenarnya :)
sekali basuh, RM 2. so,kena rajin lah simpan duit..tak boleh la dah habiskan balance duit untuk beli gula2..



korang kenal tak ni apa? ha,ni lagi satu alasan konkrit kenapa tetiba je student2 ni nak menabung..aim utama kami adalah untuk mengelakkan daripada kena makan maggi setiap kali hujung bulan. tak pun, lebih sadisnya, supaya dapat beli 2 3 bungkus maggi supaya tak makan angin je untuk seminggu^^


so,selamat menabung ye semua :)


thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

3 comments:

UmmiKami said...

Salam manis buat tuan rumah.. :D

Dari kecil sudah menabung,
Buat bekalan di hari mendung.

aniez aziz said...

waalaikumussalam ummikami :)

sedap pantun 2 kerat tu^^
ni saya balas pulak ye

bola dibaling ke rumah nyonya,
terkena pula pohon lelada;
biar syiling kecil nilainya,
gunanya nanti pasti ada.

UmmiKami said...

Pandai aniez berpantun.. :)

Tinjau sambil membaling bola;
Tersungkup besen nantinya sakit;
Walau kecil syiling yang ada,
Tak cukup seposen tak jadi singgit.