Thursday 1 November 2012

hostel life^^ KEBAIKANNYA??? :)

Hye, good evening evryone..n of course, assalamualaikum to all muslims :)

Alrite,entry kali ni adalah mengenai ASRAMA dan juga KEBAIKANNYA.. ok, sekarang ni adik2  darjah 6 dan ting 3 masing2 dah habis periksa UPSR n PMR kan..so, saya percaya yang mesti ramai adik2 kat luar sana sedang memikirkan hala tuju yang lebih baik selepas ni..dan antara perkara paling famous difikirkan adalah SEKOLAH BERASRAMA. tak kiralah sekolah agama,sekolah teknik,sekolah berasrama penuh (SBP) ataupun MRSM, percayalah bahawa sekolah2 ini mempunyai 1001 kebaikannya kepada semua.

*SISTEM BELAJAR YANG KONDUSIF

kalau dekat rumah,waktu belajar kita mesti flexible n tak tetap..kiranya,mengikut kerajinan diri sendiri..tapi,kalau di sekolah berasrama, sekurang2 nya 2 jam akan diperuntukkan untuk kita menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulangkaji sendiri.
sebab ape???
sebab,dekat sekolah berasrama, semua students kene pergi kelas persediaan malam ataupun PREP!waktu yang diperuntukkan untuk PREP ni mungkin berbeza mengikut sekolah tetapi kebanyakannya adalah 2 jam. waktu ni lah,semua orang akan mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja yang bertimbun2 dengan diawasi oleh pengawas yang mengawal kebisingan.time ni jugaklah,kita bebas belajar mengikut cara sendiri sbb tak ada cikgu yang akan berkawal sekali :)

*KEHIDUPAN BERAGAMA

bila sentuh soal beragama, bukanlah nak cakap yg kehidupan beragama kat rumah semua org down habis, tapi ini lah manfaat yang dicari oleh seseorang yang mungkin kurang menikmati manisnya Islam itu di rumah sendiri..
kebiasaannya, garis pemakaian di setiap sekolah berasrama adalah sangat ketat iaitu pakaian yg longgar menutupi punggung bg perempuan, tudung yang tidak singkat dan juga seluar yang tidak terlalu mengikut bentuk kaki..begitu juga dengan lelaki yang tidak dibenarkan ke padang dengan berseluar pendek..
yang kedua adalah solat berjemaah. bagi saya sendiri,tak semua keluarga berkesempatan untuk solat berjemaah setiap kali masuknya waktu solat..tp,semua ni boleh kita jalani bila bersekolah di sekolah berasrama. dan inilah pengalaman manis yg saya kutip sewaktu sekolah dulu walaupun selalu jugak ponteng bila dah jadi senior :)
not only that,pergaulan kita jugak sebenarnya diawasi. walaupun ade jugak sebenarnya yg terlibat masalah2 sosial,tapi peratusannya tak besar..insya Allah,kalau semua ikut garis kehidupan yg disediakan,kita akan selamat drpd mslh2 ni..
bukan itu sahaja, majlis2 keagamaan pun banyak yg disediakan..contohnya,tazkirah untuk pelajar perempuan pada hari jumaat,kuliah subuh,tadarus dan pengisian rohani antara maghrib dan isya'.

*KEHIDUPAN SISTEMATIK

bila masuk je asrama,bersedialah dengan jadualnya..sebenarnya,benda2 ni tak menyusahkan pun..kita cuma diatur masa untuk pergi sekolah, makan,solat,hadiri tazkirah dan jugak tidur..contohnya, semua students kena pergi prep pada jam 8 pagi (sabtu)..so,semua org just siapkan diri untuk pergi prep pada waktu yg ditetapkan.selepas habis prep,semua org bebas untuk buat kerja masing2.bila sampai waktu makan,semua akn makan dan sambung semula kerja sendiri.senang kan?
benda ni tak menyusahkan,tapi sebenarnya menyenangkan sebab kita tak perlu runsing memikirkan jadual hidup sendiri^^

rasanya,sampai sini dulu kebaikan asrama yg saya ceritakan..mungkin akan ada penambahan nanti,wallahualam



haaa,ni kawan2 saya time nak pergi outing wat kali terakhir :)


thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

3 comments:

IAmWhoIAm said...

Hey there,

There is a new forum coming up that welcome all PLKN member's from the entire Malaysia. We welcome you guys and appreciate if you guys can show ur support to us. Thanks alot.

http://mynationalserviceorganisation.com/

Cheers
G

IAmWhoIAm said...

Hey there,

There is a new forum coming up that welcome all PLKN member's from the entire Malaysia. We welcome you guys and appreciate if you guys can show ur support to us. Thanks alot.

http://mynationalserviceorganisation.com/

Cheers
G

Unknown said...

hye :) thank you for inviting.. ^^