Monday 5 November 2012

INAI ohh INAI ^^

                                                        Hye,assalamualaikum..

yang ni bukan tgn saya yee :)credits to mr google^^


semalam,ntah macam mane tiba2 saya rasa macam nak pergi shopping dekat SOGO..duit tak lah banyak mana,tapi sebab nafsu shopping tu dah membuak- buak,saya bawak la jugak kaki ni melangkah ke putra LRT depan rumah tu n finally, sampailah ke masjid jamek terchenta :)
waktu kat sana,hmmm...tak payah cakaplah meriahnya macam mana..nak2 nya,deepavali dah dekat.so,kaum india mmg ramai la yang tgh shopping..habis satu kawasan masjid india tu penuh dengan lagu2 diorg..
and waktu perjalanan balik dari SOGO to stesen putra,saya nampak punyalah ramai auntie2 india ni  duduk berbaris dalam satu line kat tepi MYDIN.
tau tak diorg buat apa?
haaa,diorang ni tgh lukis inai kat tgn pelanggan.so,saya pun apa lagi..terus la duduk dpn salah sorg auntie tu n request satu lukisan inai..terbang jugak lah rm5 saya :)
bila balik,saya terfikir balik ttg hukum pemakaian inai lukis ni..nak2 nya ayah saya pun tanya benda yg sama pada saya,iaitu HUKUM!
act,saya da h selalu cari ttg hukum pemakaian inai ni dr sekolah sampailah ke uni..tp,sbb ayah bertanya,saya pun terus google lg tuk dptkan kepastian..n ni sedikit info yg saya dpt:)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



thanks for reading..arigatou gozaimashta^^

3 comments:

Cik Nas :) said...

nak jugak! nnti bawak kte ehh :D

Anonymous said...

Yup , mmg harus pakai inai , asalkan jangan berlebih2an.drpd pakai pewarna kuku yg x sah air sembahyang tu, baik pakai inai.dulu saya ingatkan inai haram kcuali utk org kawen je.rupenye x haram pun..boleyy pakai. ;) p/s: nak pakai inai jugak la. -ain

Unknown said...

itulah,dulu2 igt kan haram sbb ada yg kata menyerupai tatu.bila dah bnyk cari info,baru yakin yg inai lukis ni tak haram rupanya :)

nas,nanti kita pergi masjid india ye^^